Tuesday 13 March 2012

Kelas Pengukuhan Fikrah 1


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

8 MAC, KAJANG, Lajnah Tarbiyah dan Pembangunan Insan Pusat STAM IKRAM (PSI) telah berjaya menganjurkan salah sebuah program tarbawi mingguan mereka buat julung-julung kalinya pada hari Khamis yang lepas. Program yang diberi nama Kelas Pengukuhan Fikrah (KPF) itu telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang baik oleh semua pelajar PSI sendiri. Program yang berlangsung bermula jam 9.30 malam dan berakhir kira-kira jam 11 malam itu telah disampaikan oleh Dr. Hj Fakhrul Adabi yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Pertubuhan IKRAM Kajang. Beliau memilih untuk merujuk sebuah buku terkenal yang berjudul Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan sebagai bahan utama penyampaiannya. Beliau memulakan pertemuan tersebut dengan melakukan sedikit ta’aruf serta berkongsi serba sedikit pengalaman hidup beliau. Kemudian beliau memulakan perbincangan yang bekisar mengenai persoalan asas dalam akidah yang dapat mengingatkan para pelajar semula justifikasi bermuraqabah dengan Allah dalam menempuhi perjalanan hidup khususnya dalam menelusuri medan dakwah yang luas. Beliau mengakhiri perkongsian tersebut dengan membuka peluang kepada para pelajar untuk bertanyakan perihal perancangan untuk melanjutkan pelajaran masing-masing. Hasilnya beliau banyak membantu dalam menyelesaikan masalah beberapa pelajar yang masih berteka-teki berkenaan perancangan masa hadapan mereka. Program yang berbentuk daurah ringkas ini dan bermatlamat untuk mengukuhkan serta menyampaikan fikrah Islam kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menjadi para du’at ini dilihat sangat relevan untuk diteruskan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment