Wednesday 19 December 2012

Sehari bermotivasi bersama Ustaz Alias

    Jika  sebelum ini kami sudah mendengar mutiara bicaranya ketika dalam program Ziarah Qudama’,namun pada 2 Oktober 2012 bertempat di dewan kuliah PSI,Syaikhuna Ustaz Alias Othman telah berkesempatan sekali lagi untuk memberikan perkongsian kepada ikhwah dan akhawat PSI tentang persedian menghadapi STAM serta cabaran takala menginjak ke dunia luar. Program yang berlangsung selama satu jam setengah itu lebih banyak membicarakan tentang kehidupan syaikhuna kita dalam meniti titian kejayaannya.Justeru itu,tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada ikhwah dan akhawat PSI agar mengambil ibrah atas kegigihan yang ditonjolkan oleh syaikhuna kita sebagai sumber inspirasi kepada ikhwah dan akhawat PSI dalam menempuhi cabaran masa mendatang.
    Nasihat utama beliau di saat kami semua bakal menghadapi peperiksaan dunia pada 16 Oktober 2012 ialah menjaga kesihatan. Hal ini sangatlah penting kerana ada disebut dalam pepatah arab
العقل السليم في الجسم السليم  ,akal yang cerdas datang dari badan yang sihat. Menjaga kesihatan di saat genting ini amatlah penting kerana apabila badan kita sihat maka mudahlah kita ingin menelaah matapelajaran. Tidak lupa juga kepentingan menjaga hubungan antara allah dan manusia di sekeliling. Perkara ini amatlah penting kerana apabila kita menjaga hubungan kita dengan allah,insyaallah dia akan bantu kita,yang penting selalu bersangka baik dengan dia. Manakala apabila kita berbaik dengan orang sekeliling,insyaallah,pasti mereka akan mendoakan kebaikan untuk kita tanpa kita ketahui. Maka marilah sama-sama membina hubungan yang sejahtera antara pencipta kita dan makhluk ciptaannya.
     Mengimbau kembali sejarah hidupnya,telah diakui oleh beliau kejayaan yang beliau kecapi sekarang ialah atas hasil kesusahan yang dihadapinya pada masa dulu. Kesusahan yang dihadapinya ketika itulah yang berjaya menyuntik semangat yang padu dalam diri beliau untuk belajar bersungguh-sungguh. Kesempitan kewangan bukan halangan,beliau bijak mengatur strategi demi merealisasikan impian yang sudah kukuh tersemat di dada,kata beliau ketika belajar di universiti,sambil beliau belajar beliau juga membuat kelas untuk orang lain bagi menampung kewangan diri. Kejayaan menjana pendapatan sendiri ini juga atas bantuan seorang murobbinya. Jasa murobbinya itu sangat dikenang olehnya. Maka seharusnya kita lebih bersemangat dalam menimba ilmu kerana segala kemudahan mudah kita kecapi dan kita juga bakal ulama’-ulama’ masa hadapan. Insyaallah.
    Disebabkan ramai di antara kami yang bercita-cita untuk terbang ke timur tengah bagi melanjutkan pelajaran,maka beliau turut berkongsi cerita tentang kehidupannya ketika belajar di bumi anbiya’. Begitu banyak nasihat-nasihat yang beliau berikan kepada pelajar-pelajar,beliau ada berpesan andai ingin pandai berbahasa arab bergaullah dengan orang arab. Beliau juga menceritakan antara budaya-budaya orang arab kepada kami,ilmu yang sangat-sangat berharga buat kami. Beliau juga menceritakan tentang kesusahan ketika zaman dulu apabila ingin menjalankan kerja dakwah,namun sekarang insyaallah segalanya tersangatlah mudah. Maka tak usah bertangguh lagi,kita seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu di dada jua semangat yang jitu demi mencapai matlamat bersama.
   Alhamdulillah,setelah hati-hati kami telah diisi dengan pengisian rohani yang mantap daripada syaikhuna,maka berkobar-kobar lah semangat kami bagi menghadapi ujian nanti,salah satu mutiara nasihatnya yang sering beliau tekankan ialah,mula hidup dari zero kemudian bina kejayaan sedikit demi sedikit. Beliau juga berpesan,kita seharusnya menyambung tugas dakwah ini bukan mencipta agenda baru. Saat berakhirnya sesi ni cukup memilukan lebih-lebih lagi takala syaikhuna kita menitiskan air mata sambil berkata.. “moga kita berjumpa..di syurga nanti”.. Insyaallah.

Tuesday 20 November 2012

RTW MEMBUAHKAN UKHUWWAH FILLAH ANTARA PELAJAR PSI





Ahad,1 April 2012 –Bertempat di Impian Country Resort, Sg.Semungkis,Program Rehlah Tarbawi, anjuran Lujnah Tarbiyah Pusat STAM IKRAM (PSI) yang bertemakan Ukhuwwah Teras Kegemilangan telah berjaya dijalankan bagi membuahkan lagi benih-benih ukhuwwah fillah antara pelajar PSI. Rehlah ini telah  berlangsung selama satu hari suntuk bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang.Kawasan sungai tersebut sangat sesuai bagi kami mentaddabur alam ciptaan illahi,meskipun telah berlaku banjir di sekitar kawasan tersebut,namun tidak menjadi halangan bagi kami untuk berukhuwwah fillah.

Program Rehlah Tarbawi ini merupakan salah satu wasilah tarbiyah yang perlu diikuti oleh semua pelajar bagi meningkatkan lagi medium pentarbiyahan pelajar P.S.I.Selain itu juga, program ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif yang telah ditetapkan.Ianya ialah :

OBJEKTIF :
1.      Membaiki fikrah dalam dakwah.
2.      Memperkukuhkan ukhuwwah antara pelajar P.S.I.
3.      Meningkatkan disiplin.
4.      Menambahkan pengalaman.

          
  Rehlah bermula dengan sedikit taklimat ringkas di dalam bas daripada Pengarah program,Akhi Amirulhadi bin Mohd Jaaffar tentang tentatif program dan persediaan wajibat yang dinamakan Tadabbur Alam, iaitu mentadabbur ayat-ayat Allah yang berkaitan dengan alam ciptaan-Nya.Setelah sampai, semua pelajar mengeluarkan barang daripada bas ke dewan Impian Country Resort dan mempersiapkan diri untuk menunaikan Solat Dhuha yang dilakukan secara fardi di kawasan tanah lapang bagi mendekatkan diri dengan alam ciptaan Allah S.W.T.Seusai solat,semua pelajar berkumpul semula di dewan untuk slot Tadabbur Alam,alhamdulillah..semua pelajar berjaya menyingkap disebalik makna kalamullah di dalam al-quran,memetik daripada kata-kata salah seorang daripada kami   ”kita lihat tumbuh-tumbuhan itu,kita rasa ianya tumbuh apabila disiraminya,dibajainya,dijagainya..namun sebenarnya ketahuilah allah sahajalah yang berhak menumbuhkannya...bukan air itu,bukan baja itu tapi DIA yang maha satu”    dan kemudiannya Pengisian pertama daripada Ustaz Wan Subki bin Wan Salleh dan Ustazah Salihah bt Abdullah tentang bagaimana hubungan manusia dengan alam seterusnya hubungan keduanya dengan Allah S.W.T.





            Setelah rohani kami terisi, kini tibalah aktiviti santapan jasmani bagi mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami.Aktiviti ini adalah salah satu kesinambungan daripada pengisian pertama dengan cara mempraktik apa yang diterima.Antara aktiviti yang dijalankan iaitu, Zuss Tang dan Battle Of Uhud.Setelah penat beraktiviti,kami berkesempatan merasai kesejukan air sungai yang amat menyegarkan,alhamdulillah terubat sedikit 
kepenatan.Setelah kami selesai membersihkan diri,kami semua bersiap-siap pula untuk menghadap illahi.Seusai solat,Kami berkumpul kembali di dewan untuk menikmati BBQ dan sajian hidangan hasil air tangan ustazah Salihah yang subhanallah, lazatnya.. Alhamdulillah wa syukurillah, haza min fadhli rabbi.. segalanya adalah untuk meraikan kejayaan SPM kami semua, juga tidak lupa sebagai tanda syukur dengan pemberian Allah.Setelah mengisi perut,kami teruskan dengan slot berikutnya iaitu pengisian terakhir daripada Ustaz Wan Subki tentang adab terhadap kedua ibu bapa dan betapa manisnya ukhuwwah islamiah,salah satu yang ditekankan ialah adab kita dengan ibu bapa,contohnya ketika kita di meja makan,lihat mata kedua orang tua kita,mana yang ingin dia ambil dahulu,dan dahulukan mereka dalam setiap perkara.mengenai ukuwwah islamiah pula,beliau berkata  ” setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar dan serendah-rendahnya ialah bersangka baik,jadi di mana tahap kita? ”



           

    Akhir sekali, kami semua bersiap untuk menunaikan  solat asar secara berjemaah.Seusai solat,kami menjamu sedikit  minum petang dan mengadakan majlis penutup,yang dimulai dengan persembahan nasyid yang bertajuk Teman Sejati ,dimana ia mengisahkan ukhuwwah fillah di atas perjuangan dakwah islamiah benar-benar terkesan di hati kami.Majlis penutup berakhir dengan suasana yang sangat menghibakan kami ketika bersalaman dan bergambar kerana ramai antara kami akan keluar berhijrah untuk menuntut ilmu di tempat yang lain.Meskipun pertemuan sudah sampai penghujungnya, namun hati kami sentiasa bertaut hanya dengan namaNYA.... 
ukhuwwah fillah abadan abada..


Laporan disediakan:
PIC Program  Rehlah Tarbawi.


















DAURAH KEMAHIRAN INPUT BERHARGA BUAT PELAJAR PSI



   Pada 5 mei 2012 bertempat di dewan kuliah PSI,satu program daurah kemahiran telah dijalankan dengan bertajuk Pengurusan Masa ke Arah Pendakwah yang Berkesan.
Tujuan utama pelajar-pelajar PSI didedahkan tentang perkara ini adalah kerana ianya merupakan salah satu  kemahiran yang amat penting bagi seseorang pendakwah untuk terlibat secara lebih aktif dalam melaksanakan kerja2 dakwah. Justeru itu beberapa objektif penting yang telah disenaraikan antaranya:

objektif:
1.      memahami konsep dan kepentingan pengurusan masa dalam konteks sebagai seorang pendakwah
2.      memahami asas2 pengurusan masa
3.      mengamalkan kaedah pengurusan masa yg berkesan.



  

     Sebelum memulakan sesi daurah ini,penceramah telah meminta agar pelajar-pelajar menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak dapat menepati masa. Hal in dilakukan kerana melalui permasalahan itu barulah kami semua akan mencari resolusinya bersama. Menerusi ceramah ini juga , penceramah ada berpesan, “seandainya kita seorang yang perfectionist,maka cuba kurangkan tahapnya,ini bagi memastikan kita tidak lewat hanya kerana terlalu bersikap perfectionist”. Apa yang kami kagumi dengan penceramh ini,sikapnya sememangnya sama seperti tajuk yang diberi. Sememangnya seorang yang sangat-sangat menepati waktu.



  Setelah  berjalan selama 4 Jam dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, maka sesi daurah kami tamat dengan jayanya. Oleh itu, pihak PSI berharap agar setiap pelajar mampu mengambil segala maklumat-maklumat yang diberikan serta boleh mempratikkan dalam kehidupan.







  Seterusnya bagi lebih memperkasakan kemahiran pelajar-pelajar PSI,maka satu lagi daurah kemahiran telah dijalankan pada 17 Jun 2012 dengan tajuk Kemahiran Komunikasi Berkesan ianya telah disampaikan oleh Pak Cik Ahmad Raji b Yaakob. Sebagai pendakwah kita wajib mengetahui cara dan gaya yang sesuai ketika menyampaikan sesuatu kepada mad’u kita. Maka dengan disebabkan itu, daurah ini dijalankan atas beberapa objektif,ianya ialah:

objektif:
1.      mendedahkan kepentigan kemahiran berkomunikasi berkesan
2.      mengetahui halangan dalam komunikasi
3.      mengetahui teknik yang lebih efektif dalam kemahiran komunikasi berkesan.


   Pada mulanya pelajar didedahkan mengenai makna ‘komunikasi’ itu sendiri iaitu maksudnya suatu proses menyampai dan menerima mesej antara 1 pihak dengan pihak yang lain menggunakan simbol dan saluran tertentu. Seterusnya,penceramah menjelaskan lagi apa yang dikatakan ‘simbol’ dan ‘saluran’.Simbol terdiri daripada perkataan.gambar dan isyarat. Manakala saluran pula seperti melalui emel,ceramah,perbincangan,SMS dan telefon. Penceramah juga menerangkan beberapa perkara yang menjadi penghalang bagi kita untuk berkomunikasi secara berkesan. Antaranya ialah disebabkan kurang bersedia, komunikasi hanya berlaku dalam satu hala juga bahasa yang digunakan tidak spesifik. Banyak lagi maklumat yang telah diberikan,penceramah ada menerangkan tentang gaya dalam berkomunikasi iaitu sehala,dua hala dan pelbagai. Bukan itu sahaja, kami juga diberi peluang untuk mengimplemintasikan segala yang telah diterangkan menerusi aktiviti bersama-sama.

  Meskipun daurah ini berjalan dalam masa yang singkat,namun begitu alhamdulilah banyak input-input berharga yang berjaya dikutip oleh kami semua. Moga segala yang diperolehi dapat diingati dalam ingatan dan berjaya diamalkan.


Laporan disediakan oleh,
PIC Daurah Kemahiran







Tuesday 30 October 2012

Hari-hari akhir di PSI

*harap maaf, diatas faktor-faktor kesibukan mengulang kaji pelajaran, blog official PSI terpaksa ditangguh.



SEMINGGU sudah berlalu. 16-23 Okt,alhamdulillah berkat kesungguhan mereka akhirnya minggu peperiksaan telah pun berjaya ditempuhi dengan selamat. Seramai 19 pelajar PSI (Pusat STAM Ikram) yang terdiri daripada 14 ikhwah dan 5 akhawat  berjaya sampai dan menduduki peperiksaan STAM (Sijil Tingggi Agama Malaysia) di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang.


Namun, apabila berakhirnya "demam peperiksaan" sebuah perpisahan yang panjang menanti. Alhamdulillah, perancangan untuk mengadakan Majlis Perpisahan PSI pada sehari selepas tamatnya peperiksaan iaitu pada 24 Oktober berjalan dengan lancar. Rata-rata, semua pihak dapat menghadiri majlis walaupun antaranya ada yang sibuk.


Majlis yang dibuka dengan Al-Faatihah serta bacaan Al-Quran oleh Akhi Thufail Sayuti, alunan ayat suci Al-Quran itu sangat menyentuh kalbu terutama ketika dibacakan ayat "innama mukminunal ikhwah", di mana mafhumnya "sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara". Dan kemudiannya disululi dengan ucapan-ucapan. Yang pertama memberi ucapan ialah Ustaz Fakhrul Adabi selaku wakil Lembaga PSI. Beliau ada berpesan:
"Tertubuhnya PSI ini bukan sebarang-barangan, tertubuhnya PSI ini kerana ianya merupakan salah satu cara untuk melahirkan ulama'-ulama' deenul islam, jadi antum di sini bukan sahaja seorang pelajar, tapi seorang ulama' kelak.. Insyaallah".
Seterusnya diikuti dengan wakil daripada guru yang mengajar, Ustaz Wan Subki, kata beliau:
"Disaat antum sampai di muka pintu rumah, saat itu juga ada yang mungkin akan teringat akan PSI. Mungkin boleh sampai berhari-hari, dan mungkin juga boleh sampai bertahun-tahun, sebab apa, sebab disinilah pertemuan pertama kita, kita berukhuwwah hanya keranaNYA".
Dan kemudiannya Pakcik Norawi selaku wakil penduduk Taman Damai Mewah. Beliau menyatakan  beliau merupakan antara penduduk yang paling terasa dengan pemergian pelajar PSI kerana banyak antara program surau yang dianjurkan, dapat dilaksanakan dan dilalui bersama-sama dengan pelajar PSI. Jadi, harapan beliau agar kami semua tidak melupakan kenangan di Taman Damai Mewah, Kajang. Dan dengan harapan  agar pelajar PSI terus menyebarkan kebaikan. Sesi ucapan diakhiri dengan ucapan daripada wakil pelajar Akhi Wan Abdul Rahman selaku Ketua Umum PSI. 


Beransur pula pada agenda seterusnya, majlis dihiasi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid PSI. Mereka mendendangkan dua buah lagu. Diserikan pula dengan persembahan video montaj daripada Lujnah Media PSI oleh Akhi qIyadh. Selesai segala persembahan, tibalah acara penyampaian cenderahati daripada pelajar Pusat STAM Ikram kepada pihak-pihak yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti dan program PSI sebagai tanda penghargaan daripada pelajar Pusat Stam Ikram.

Dan akhir sekali, majlis ditutup dengan bacaan doa rabithah dan doa makan daripada Akhi Ahmad Akmal. Tasbih kafarah dan surah Al-'Asr, dan disusuli jamuan makan.



Sebelum bersurai, sesi fotografi terakhir dirakam untuk dikepilkan sebagai tanda kenangan yang terindah PSI. Ikhwah dan akhawat bersalaman sesama ikhwah dan akhawat menjadi momen terakhir sebelum masing-masing mengucapkan selamat tinggal. Tidak kurangnya ada dari kalangan ikhwah dan akhawat, ada yang mengalirkan air mata tanda mahabbah dan kecintaan kerana Allah. InshaAllah ikhwah wal akhawat, kita bersama-sama di medan dakwah. Meski kita terpisah jauh.

~Hikayat Jeelul Mu'assis~

Thursday 11 October 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM

Pada hari Selasa bersamaan dengan 16 Oktober 2012 ini, maka bermulalah perjuangan para pelajar bagi Pusat STAM Ikram. Berbekalkan dengan persediaan yang rapi, mereka akan menduduki peperiksaan STAM yang akan menentukan hala tuju mereka selepas ini.

Mereka akan menduduki peperiksaan dari 16 Oktober 2012 hingga 23 Oktober 2012 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Kelang. Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada 14 lelaki dan 5 perempuan yang akan menduduki peperiksaan ini.

Diharapkan agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam menempuhi kehidupan seharian, seterusnya meningkatkan lagi imej umat Islam di kaca mata orang bukan Islam. Pusat STAM Ikram mendoakan agar mereka berjaya dengan cemerlang.

Thursday 12 July 2012

RTH MENGUKUHKAN UKHUWWAH PELAJAR P.S.I.



> Sebelum bertolak 
Ahad, 1 Julai –Bertempat di Taman Botani,Program Rehlah Tarfihi, anjuran Lujnah Tarbiyah Pusat STAM IKRAM(PSI) yang bertemakan  mengakar ukhuwah,merimbun dakwah telah berjaya dijalankan bagi mengukuhkan ukhuwah antara pelajar PSI. Rehlah ini telah  berlangsung selama satu hari suntuk bermula dari jam 7.30 pagi hingga jam 6.30 petang. Taman tersebut sangat sesuai bagi kami untuk melapangkan fikiran setelah penat mencurahkan  idea-idea untuk menyelesaikankan kerja kursus Balaghah dan Adab Nusus. Walaupun program berlangsung secara sederhana, tetapi semangat berukhuwah yang ditunjukan oleh semua peserta memainkan peranan yang besar dalam program rehlah ini.
Program Rehlah Tarfihi ini merupakan salah satu wasilah tarbiyah yang perlu diikuti oleh semua pelajar bagi meningkatkan lagi medium pentarbiyahan pelajar P.S.I.Selain itu juga, program ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif yang telah ditetapkan.Ianya ialah :



Objektif Rehlah Tarfihi
1.      Mengeratkan ukhuwwah antara pelajar P.S.I.
2.      Melapangkan fikiran pelajar P.S.I.
            3.   Menambahkan cara untuk bermuayasyah dengan masyarakat

                Rehlah bermula dengan sedikit taklimat tentang tentatif program daripada Pengarah Program iaitu:Akhi Wan Abdul Rahman b Wan Ibrisam Fikri.Setelah selesai sesi taklimat,Aktiviti diteruskan dengan slot pertama.Alhamdulillah semua pelajar telah mengecapi keindahan waktu dhuha dengan menunaikan solat sunat dhuha secara fardi serta melakukan sujud syukur bagi mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah yang telah melancarkan segala urusan hambaNYA.

Pengarah Program Akhi Wan Abdul Rahman b Wan Ibrisam Fikri

D..H.U.H.A

Seusai solat, pengisian Jom Baiki Ukhuwah yang disampaikan oleh Akhi Abdullah Ammar b Mohamed Ruslan, membicarakan tentang sifat ithar yang perlu ada dalam sebuah ikatan persahabatan,hal ini berdasarkan hadis yang  mafhumnya "Tidak sempurna iman seseorang kamu,selagimana kamu tidak mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri".Setelah seronok mengisi hati dengan pengisian yang berkualiti kami  digembirakan hati dengan persembahan kumpulan nasyid P.S.I. yang bertajuk SEMANIS GULA ,dimana ia mengisahkan pentingnya ukhuwah dalam mengizzahkan islam dipersada dunia.

"JOM baiki ukhuwah kita!!"
           
Setelah  rohani telah terisi,tibalah pula aktiviti santapan jasmani yang bertemakan Mari Kita Berukhuwwah.Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada pengisian pertama dengan cara kita mempraktikan apa yang telah diterima.Antara aktiviti yang dijalankan ialah selimut minda,lilin,belon air,gerbang ukhuwwah,tali ukhuwwah dan concentration game.Semua permainan ini berkisar tentang hebatnya ukhuwwah fillah jika dibina kukuh diatas nama illah.








Setelah penat beraktiviti,kami disajikan dengan nasi ayam paprik yang subhanallah, lazatnya.. Alhamdulillah wa syukurillah, haza min fadhli rabbi..akhirnya kepenatan kami terubat dengan menunaikan solat zuhur,kami berkumpul kembali untuk mendengar sedikit perkongsian daripada bekas pelajar STAM Hidayah Ipoh,Akhi Anas b Mohd Hairozi tentang pengalamannya ketika menghadapi peperiksaan STAM. Setelah itu,demi mencapai objektif yang telah ditetapkan,kami meneruskan aktiviti dengan mentadabbur alam ciptaan illahi dengan berjaulah melihat kebesaran Yang Esa.Allahu akhbar!!! Indahnya kebesaran illahi, bumi dihampari dengan kehijauan dedaunan juga kepelbagaian bunga-bungaan yang menghiasi ruangan Taman Botani. Alunan deruan air terjun yang menenangkan hati, memikat sanubari membuatkan kami sedari betapa agungNYA ciptaan illahi dan betapa kerdilnya diri ini. Tidak cukup dengan itu,kami sempat melihat keletah haiwan yang ada disitu sebagai melengkapi jaulah kami hari ini.
Setelah puas berpenat lelah berjalan kaki, kami mencuba untuk menaiki train yang berharga 50 sen seorang. Kami dibawa mengelilingi sekitar Taman Botani juga kawasan luarnya. Bermacam-macam tempat yang kami lalui misalnya Taman Burung,Taman Rama-Rama,Memorial Tun Abdul Razak,Taman Bunga dan sebagainya.








Kami mengakhiri jaulah kami tepat jam 4.30 petang dan terus menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat asar, majlis penutup dan sesi bergambar.Meskipun tirai majlis sudah sampai pengakhiran namun ukhuwwah kami tiada penghujung pengakhiran,ukhuwwah fillah abadan abada...



Laporan disediakan:
PIC program  Rehlah Tarfihi .

Monday 28 May 2012

ZQ PENCETUS SEMANGAT BARU PELAJAR PSI!


Sabtu, 12 Mei - Berbekalkan dengan tema الشباب وحكمة الشيوخ  حماسة, Program Ziarah Qudama’ (ZQ), anjuran Lujnah Tarbiyah Pusat STAM IKRAM(PSI) berjaya mencetuskan semangat baru kepada pelajar PSI. ZQ yang berlangsung satu hari suntuk itu, dari jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam, akhirnya, Alhamdulillah   kami sempat menziarahi tokoh lama dalam Jamaah juga merupakan salah seorang pendidik PSI, akhuna Ustaz Alias bin Othman dan zaujahnya; ukhtina Ustazah Dr Anisah di teratak kediaman mereka di Keramat serta YDP. Pertubuhan IKRAM Kajang, akhuna Prof. Dr. Kamal Nasharuddin di Desa Al-Amin. Walaupun program berlangsung sederhana, tapi hakikatnya besar inputnya.
Program Ziarah Qudama’ ini adalah julung-julung kali diadakan di PSI. Ziarah Qudama’ merupakan salah satu program yang perlu diikuti oleh semua pelajar P.S.I. Ianya merupakan salah satu daripada wasilah tarbiyah untuk mencapai objektif-objektif tertentu. Program ini adalah salah satu medium bagi meningkatkan tarbiyah pelajar P.S.I agar menjadi generasi penggerak dan dapat menyebarkan fahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat. Oleh itu program ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memantapkan kefahaman serta menjadi sebahagian  medium pentarbiyahan pelajar P.S.I. Justeru itu,beberapa objektif yang telah disenarai gariskan iaitu:

Objektif ZQ
1.      Mengenali dengan lebih dekat tokoh dalam organisasi ini.
2.      Menimba ilmu dan pengalaman daripada tokoh.
3.      Mengeratkan lagi ikatan ukhuwwah antara pelajar P.S.I.
4.      Mengetahui cara untuk bermuayasyah dengan masyarakat.

   ZQ bermula dengan pengisian pertama di rumah Ustaz Alias Othman. Perkongsian beliau lebih berkisar mengenai sejarah hidup dan pengalaman beliau dalam dunia realiti dan dakwah. Satu perkara yang beliau rasakan berkatnya dalam berjamaah adalah keikhlasan ”...kalau kita ikhlas, kita berkelahi pun kita sampai pada nokhtah yang sama. Kalau kita tak  ikhlas memang kita akan berpecah”. Alhamdulillah, kami juga berkesempatan untuk mendengar sedikit pengisian dari Ustazah Anisah. ”.. bila kita dipertemukan jodoh, dan berkahwin, memang kita tidak sempurna; ada lebih kurang. Jadi dalam ketidaksempurnaan itu perlu ada taaruf; saling kenal-mengenali dan saling cukup-mencukupi antara satu sama lain, insyaallah kita boleh bergerak dalam Jamaah ini dengan baik.” pesan Ustazah. Ustazah Anisah juga berharap agar semua anak-anak P.S.I. mempunyai cita-cita yang tinggi dan mampu serta boleh untuk menyambung pelajaran di peringkat yang tinggi; tidak cukup sekadar ijazah, cuba untuk terus di peringkat master dan PhD, agar ada orang dalam Jamaah ini yang mampu diiktiraf masyarakat dalam menyampaikan dakwah ini. Alhamdulillah, selesai perkongsian oleh Ustaz Alias dan Ustazah Anisah, kami dijemput untuk menjamah makan makanan kampung yang subhanallah, lazatnya.. Selesai di rumah Ustaz Alias, kami bergerak ke Masjid Muaz bin Jabbal untuk menunaikan Solat Fardhu Zuhur dan sedikit perkongsian.
            Slot ‘santai-santai’ di Taman Rekreasi Keramat terpaksa di batalkan melihatkan keadaan trafik yang sesak dan cuaca yang tidak mengizinkan. Slot perkongsian di rumah Prof. Dr. Kamal Nasharuddin berlangsung dengan penuh ketenangan. Alhamdulillah, jika di rumah Ustaz Alias kami perolehi pengalaman beliau dalam waqi’ Timur Tengah, bagi Dr Kamal sebaliknya pula. Perkongsian hidup beliau lebih menjurus pengalaman awal dakwah beliau yang bermula di Barat. Antara yang boleh dikongsikan beliau adalah “kita perlu buat perkara berlaku; Anywhere you go, You must make things happens!. Jangan jadi orang yang menunggu sesuatu perkara berlaku dan jangan pula jadi orang yang tak tahu apa yang berlaku.” Alhamdulillah, tidak cukup dengan santapan rohani dan tsaqafi, kami juga dijamu dengan jamuan Nasi Beryani yang cukup menyelerakan! Alhamdulillah wa syukurillah, haza min fadhli rabbi..
              Rumusnya, penganjuran Program Ziarah Qudama adalah untuk menyahut seruan Allah s.w.t. sesuai dengan mafhumnya, berjalan, bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnia-Nya; nilai harganya iman dan taqwa bagi hamba yang setia..  Berdasarkan pepatah melayu jauh perjalanan luas pengetahuan, insyallah dalam musafir kami kali ini banyak input baru yang sangat bermanfaat dalam kehidupan kami yang bergelar pelajar dan bakal duat, agar boleh digunapakai dalam mewarisi tugas dakwah yang diwarisi para anbiya’ kepada kita.
Wallahu’alam.

MEMBINA GENERASI DU’AT

Laporan disediakan;
PIC ZQ.