Pada 5 mei 2012 bertempat di dewan kuliah PSI,satu program daurah kemahiran telah dijalankan dengan bertajuk Pengurusan Masa ke Arah Pendakwah yang Berkesan.
Tujuan utama pelajar-pelajar PSI didedahkan tentang perkara ini adalah kerana ianya merupakan salah satu kemahiran yang amat penting bagi seseorang pendakwah untuk terlibat secara lebih aktif dalam melaksanakan kerja2 dakwah. Justeru itu beberapa objektif penting yang telah disenaraikan antaranya:
objektif:
1. memahami konsep dan kepentingan pengurusan
masa dalam konteks sebagai seorang pendakwah
2. memahami asas2 pengurusan masa
3. mengamalkan kaedah pengurusan masa yg berkesan.

Sebelum memulakan sesi daurah ini,penceramah telah meminta agar pelajar-pelajar menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak dapat menepati masa. Hal in dilakukan kerana melalui permasalahan itu barulah kami semua akan mencari resolusinya bersama. Menerusi ceramah ini juga , penceramah ada berpesan, “seandainya kita seorang yang perfectionist,maka cuba kurangkan tahapnya,ini bagi memastikan kita tidak lewat hanya kerana terlalu bersikap perfectionist”. Apa yang kami kagumi dengan penceramh ini,sikapnya sememangnya sama seperti tajuk yang diberi. Sememangnya seorang yang sangat-sangat menepati waktu.
Setelah berjalan selama 4 Jam dari pukul 8.00 pagi
hingga 12.00 tengahari, maka sesi daurah kami tamat dengan jayanya. Oleh itu, pihak
PSI berharap agar setiap pelajar mampu mengambil segala maklumat-maklumat yang
diberikan serta boleh mempratikkan dalam kehidupan.
Seterusnya bagi lebih
memperkasakan kemahiran pelajar-pelajar PSI,maka satu lagi daurah kemahiran
telah dijalankan pada 17 Jun 2012 dengan tajuk Kemahiran Komunikasi Berkesan ianya telah disampaikan oleh Pak Cik
Ahmad Raji b Yaakob. Sebagai pendakwah kita wajib mengetahui cara dan gaya yang
sesuai ketika menyampaikan sesuatu kepada mad’u kita. Maka dengan disebabkan
itu, daurah ini dijalankan atas beberapa objektif,ianya ialah:
objektif:
1. mendedahkan kepentigan kemahiran berkomunikasi
berkesan
2. mengetahui halangan dalam komunikasi
3. mengetahui teknik yang lebih efektif dalam kemahiran
komunikasi berkesan.
Pada mulanya pelajar
didedahkan mengenai makna ‘komunikasi’ itu sendiri iaitu maksudnya suatu proses menyampai dan menerima mesej
antara 1 pihak dengan pihak yang lain menggunakan simbol dan saluran tertentu.
Seterusnya,penceramah menjelaskan lagi apa yang dikatakan ‘simbol’ dan
‘saluran’.Simbol terdiri daripada perkataan.gambar dan isyarat. Manakala
saluran pula seperti melalui emel,ceramah,perbincangan,SMS dan telefon.
Penceramah juga menerangkan beberapa perkara yang menjadi penghalang bagi kita
untuk berkomunikasi secara berkesan. Antaranya ialah disebabkan kurang
bersedia, komunikasi hanya berlaku dalam satu hala juga bahasa yang digunakan
tidak spesifik. Banyak lagi maklumat yang telah diberikan,penceramah ada menerangkan
tentang gaya dalam berkomunikasi iaitu sehala,dua hala dan pelbagai. Bukan itu
sahaja, kami juga diberi peluang untuk mengimplemintasikan segala yang telah
diterangkan menerusi aktiviti bersama-sama.
Meskipun daurah ini
berjalan dalam masa yang singkat,namun begitu alhamdulilah banyak input-input
berharga yang berjaya dikutip oleh kami semua. Moga segala yang diperolehi
dapat diingati dalam ingatan dan berjaya diamalkan.
Laporan disediakan
oleh,
PIC Daurah Kemahiran
No comments:
Post a Comment