Tuesday 20 November 2012

RTW MEMBUAHKAN UKHUWWAH FILLAH ANTARA PELAJAR PSI





Ahad,1 April 2012 –Bertempat di Impian Country Resort, Sg.Semungkis,Program Rehlah Tarbawi, anjuran Lujnah Tarbiyah Pusat STAM IKRAM (PSI) yang bertemakan Ukhuwwah Teras Kegemilangan telah berjaya dijalankan bagi membuahkan lagi benih-benih ukhuwwah fillah antara pelajar PSI. Rehlah ini telah  berlangsung selama satu hari suntuk bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang.Kawasan sungai tersebut sangat sesuai bagi kami mentaddabur alam ciptaan illahi,meskipun telah berlaku banjir di sekitar kawasan tersebut,namun tidak menjadi halangan bagi kami untuk berukhuwwah fillah.

Program Rehlah Tarbawi ini merupakan salah satu wasilah tarbiyah yang perlu diikuti oleh semua pelajar bagi meningkatkan lagi medium pentarbiyahan pelajar P.S.I.Selain itu juga, program ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif yang telah ditetapkan.Ianya ialah :

OBJEKTIF :
1.      Membaiki fikrah dalam dakwah.
2.      Memperkukuhkan ukhuwwah antara pelajar P.S.I.
3.      Meningkatkan disiplin.
4.      Menambahkan pengalaman.

          
  Rehlah bermula dengan sedikit taklimat ringkas di dalam bas daripada Pengarah program,Akhi Amirulhadi bin Mohd Jaaffar tentang tentatif program dan persediaan wajibat yang dinamakan Tadabbur Alam, iaitu mentadabbur ayat-ayat Allah yang berkaitan dengan alam ciptaan-Nya.Setelah sampai, semua pelajar mengeluarkan barang daripada bas ke dewan Impian Country Resort dan mempersiapkan diri untuk menunaikan Solat Dhuha yang dilakukan secara fardi di kawasan tanah lapang bagi mendekatkan diri dengan alam ciptaan Allah S.W.T.Seusai solat,semua pelajar berkumpul semula di dewan untuk slot Tadabbur Alam,alhamdulillah..semua pelajar berjaya menyingkap disebalik makna kalamullah di dalam al-quran,memetik daripada kata-kata salah seorang daripada kami   ”kita lihat tumbuh-tumbuhan itu,kita rasa ianya tumbuh apabila disiraminya,dibajainya,dijagainya..namun sebenarnya ketahuilah allah sahajalah yang berhak menumbuhkannya...bukan air itu,bukan baja itu tapi DIA yang maha satu”    dan kemudiannya Pengisian pertama daripada Ustaz Wan Subki bin Wan Salleh dan Ustazah Salihah bt Abdullah tentang bagaimana hubungan manusia dengan alam seterusnya hubungan keduanya dengan Allah S.W.T.





            Setelah rohani kami terisi, kini tibalah aktiviti santapan jasmani bagi mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami.Aktiviti ini adalah salah satu kesinambungan daripada pengisian pertama dengan cara mempraktik apa yang diterima.Antara aktiviti yang dijalankan iaitu, Zuss Tang dan Battle Of Uhud.Setelah penat beraktiviti,kami berkesempatan merasai kesejukan air sungai yang amat menyegarkan,alhamdulillah terubat sedikit 
kepenatan.Setelah kami selesai membersihkan diri,kami semua bersiap-siap pula untuk menghadap illahi.Seusai solat,Kami berkumpul kembali di dewan untuk menikmati BBQ dan sajian hidangan hasil air tangan ustazah Salihah yang subhanallah, lazatnya.. Alhamdulillah wa syukurillah, haza min fadhli rabbi.. segalanya adalah untuk meraikan kejayaan SPM kami semua, juga tidak lupa sebagai tanda syukur dengan pemberian Allah.Setelah mengisi perut,kami teruskan dengan slot berikutnya iaitu pengisian terakhir daripada Ustaz Wan Subki tentang adab terhadap kedua ibu bapa dan betapa manisnya ukhuwwah islamiah,salah satu yang ditekankan ialah adab kita dengan ibu bapa,contohnya ketika kita di meja makan,lihat mata kedua orang tua kita,mana yang ingin dia ambil dahulu,dan dahulukan mereka dalam setiap perkara.mengenai ukuwwah islamiah pula,beliau berkata  ” setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar dan serendah-rendahnya ialah bersangka baik,jadi di mana tahap kita? ”



           

    Akhir sekali, kami semua bersiap untuk menunaikan  solat asar secara berjemaah.Seusai solat,kami menjamu sedikit  minum petang dan mengadakan majlis penutup,yang dimulai dengan persembahan nasyid yang bertajuk Teman Sejati ,dimana ia mengisahkan ukhuwwah fillah di atas perjuangan dakwah islamiah benar-benar terkesan di hati kami.Majlis penutup berakhir dengan suasana yang sangat menghibakan kami ketika bersalaman dan bergambar kerana ramai antara kami akan keluar berhijrah untuk menuntut ilmu di tempat yang lain.Meskipun pertemuan sudah sampai penghujungnya, namun hati kami sentiasa bertaut hanya dengan namaNYA.... 
ukhuwwah fillah abadan abada..


Laporan disediakan:
PIC Program  Rehlah Tarbawi.


















No comments:

Post a Comment