Wednesday 19 December 2012

Sehari bermotivasi bersama Ustaz Alias

    Jika  sebelum ini kami sudah mendengar mutiara bicaranya ketika dalam program Ziarah Qudama’,namun pada 2 Oktober 2012 bertempat di dewan kuliah PSI,Syaikhuna Ustaz Alias Othman telah berkesempatan sekali lagi untuk memberikan perkongsian kepada ikhwah dan akhawat PSI tentang persedian menghadapi STAM serta cabaran takala menginjak ke dunia luar. Program yang berlangsung selama satu jam setengah itu lebih banyak membicarakan tentang kehidupan syaikhuna kita dalam meniti titian kejayaannya.Justeru itu,tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada ikhwah dan akhawat PSI agar mengambil ibrah atas kegigihan yang ditonjolkan oleh syaikhuna kita sebagai sumber inspirasi kepada ikhwah dan akhawat PSI dalam menempuhi cabaran masa mendatang.
    Nasihat utama beliau di saat kami semua bakal menghadapi peperiksaan dunia pada 16 Oktober 2012 ialah menjaga kesihatan. Hal ini sangatlah penting kerana ada disebut dalam pepatah arab
العقل السليم في الجسم السليم  ,akal yang cerdas datang dari badan yang sihat. Menjaga kesihatan di saat genting ini amatlah penting kerana apabila badan kita sihat maka mudahlah kita ingin menelaah matapelajaran. Tidak lupa juga kepentingan menjaga hubungan antara allah dan manusia di sekeliling. Perkara ini amatlah penting kerana apabila kita menjaga hubungan kita dengan allah,insyaallah dia akan bantu kita,yang penting selalu bersangka baik dengan dia. Manakala apabila kita berbaik dengan orang sekeliling,insyaallah,pasti mereka akan mendoakan kebaikan untuk kita tanpa kita ketahui. Maka marilah sama-sama membina hubungan yang sejahtera antara pencipta kita dan makhluk ciptaannya.
     Mengimbau kembali sejarah hidupnya,telah diakui oleh beliau kejayaan yang beliau kecapi sekarang ialah atas hasil kesusahan yang dihadapinya pada masa dulu. Kesusahan yang dihadapinya ketika itulah yang berjaya menyuntik semangat yang padu dalam diri beliau untuk belajar bersungguh-sungguh. Kesempitan kewangan bukan halangan,beliau bijak mengatur strategi demi merealisasikan impian yang sudah kukuh tersemat di dada,kata beliau ketika belajar di universiti,sambil beliau belajar beliau juga membuat kelas untuk orang lain bagi menampung kewangan diri. Kejayaan menjana pendapatan sendiri ini juga atas bantuan seorang murobbinya. Jasa murobbinya itu sangat dikenang olehnya. Maka seharusnya kita lebih bersemangat dalam menimba ilmu kerana segala kemudahan mudah kita kecapi dan kita juga bakal ulama’-ulama’ masa hadapan. Insyaallah.
    Disebabkan ramai di antara kami yang bercita-cita untuk terbang ke timur tengah bagi melanjutkan pelajaran,maka beliau turut berkongsi cerita tentang kehidupannya ketika belajar di bumi anbiya’. Begitu banyak nasihat-nasihat yang beliau berikan kepada pelajar-pelajar,beliau ada berpesan andai ingin pandai berbahasa arab bergaullah dengan orang arab. Beliau juga menceritakan antara budaya-budaya orang arab kepada kami,ilmu yang sangat-sangat berharga buat kami. Beliau juga menceritakan tentang kesusahan ketika zaman dulu apabila ingin menjalankan kerja dakwah,namun sekarang insyaallah segalanya tersangatlah mudah. Maka tak usah bertangguh lagi,kita seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu di dada jua semangat yang jitu demi mencapai matlamat bersama.
   Alhamdulillah,setelah hati-hati kami telah diisi dengan pengisian rohani yang mantap daripada syaikhuna,maka berkobar-kobar lah semangat kami bagi menghadapi ujian nanti,salah satu mutiara nasihatnya yang sering beliau tekankan ialah,mula hidup dari zero kemudian bina kejayaan sedikit demi sedikit. Beliau juga berpesan,kita seharusnya menyambung tugas dakwah ini bukan mencipta agenda baru. Saat berakhirnya sesi ni cukup memilukan lebih-lebih lagi takala syaikhuna kita menitiskan air mata sambil berkata.. “moga kita berjumpa..di syurga nanti”.. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment