Ahad,1 April 2012 –Bertempat di Impian
Country Resort, Sg.Semungkis,Program Rehlah Tarbawi, anjuran Lujnah
Tarbiyah Pusat STAM IKRAM (PSI) yang bertemakan Ukhuwwah Teras Kegemilangan telah berjaya dijalankan bagi membuahkan
lagi benih-benih ukhuwwah fillah antara pelajar PSI. Rehlah ini telah berlangsung selama satu hari suntuk bermula
dari jam 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang.Kawasan sungai tersebut sangat sesuai
bagi kami mentaddabur alam ciptaan illahi,meskipun telah berlaku banjir di sekitar
kawasan tersebut,namun tidak menjadi halangan bagi kami untuk berukhuwwah
fillah.
Program Rehlah Tarbawi ini merupakan salah satu
wasilah tarbiyah yang perlu diikuti oleh semua pelajar bagi meningkatkan lagi
medium pentarbiyahan pelajar P.S.I.Selain itu juga, program ini dilaksanakan
bagi mencapai beberapa objektif yang telah ditetapkan.Ianya ialah :
OBJEKTIF
:
1.
Membaiki fikrah
dalam dakwah.
2.
Memperkukuhkan
ukhuwwah antara pelajar P.S.I.
3.
Meningkatkan
disiplin.
4.
Menambahkan
pengalaman.


Setelah rohani kami terisi,
kini tibalah aktiviti santapan jasmani bagi mengeratkan lagi ukhuwwah antara
kami.Aktiviti ini adalah salah satu kesinambungan daripada pengisian pertama
dengan cara mempraktik apa yang diterima.Antara aktiviti yang dijalankan iaitu,
Zuss Tang dan Battle Of Uhud.Setelah penat beraktiviti,kami berkesempatan
merasai kesejukan air sungai yang amat
menyegarkan,alhamdulillah terubat sedikit
kepenatan.Setelah kami selesai
membersihkan diri,kami semua bersiap-siap pula untuk menghadap illahi.Seusai
solat,Kami berkumpul kembali di dewan untuk menikmati BBQ dan sajian hidangan
hasil air tangan ustazah Salihah yang subhanallah, lazatnya.. Alhamdulillah wa syukurillah, haza
min fadhli rabbi.. segalanya adalah untuk meraikan kejayaan SPM kami semua,
juga tidak lupa sebagai tanda syukur dengan pemberian Allah.Setelah mengisi
perut,kami teruskan dengan slot berikutnya iaitu pengisian terakhir daripada
Ustaz Wan Subki tentang adab terhadap kedua ibu bapa dan betapa manisnya ukhuwwah
islamiah,salah satu yang ditekankan ialah adab kita dengan ibu bapa,contohnya
ketika kita di meja makan,lihat mata kedua orang tua kita,mana yang ingin dia
ambil dahulu,dan dahulukan mereka dalam setiap perkara.mengenai ukuwwah
islamiah pula,beliau berkata ” setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar dan
serendah-rendahnya ialah bersangka baik,jadi di mana tahap kita? ”
Akhir sekali, kami semua
bersiap untuk menunaikan solat asar
secara berjemaah.Seusai solat,kami menjamu sedikit minum petang dan mengadakan majlis penutup,yang
dimulai dengan persembahan nasyid yang bertajuk Teman Sejati ,dimana ia
mengisahkan ukhuwwah fillah di atas perjuangan dakwah islamiah benar-benar
terkesan di hati kami.Majlis penutup berakhir dengan suasana yang sangat menghibakan
kami ketika bersalaman dan bergambar kerana ramai antara kami akan keluar
berhijrah untuk menuntut ilmu di tempat yang lain.Meskipun pertemuan sudah
sampai penghujungnya, namun hati kami sentiasa bertaut hanya dengan namaNYA....
ukhuwwah fillah abadan abada..
Laporan
disediakan:
PIC Program Rehlah Tarbawi.